OKTOBER 2022

Tiga (3) Perkara Perlu Diselesaikan Untuk Masa Depan Sarawak - Abg. Jo


KUCHING, 30/10/ 2022 : Presiden GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari turut menekankan tiga perkara yang perlu diselesaikan untuk masa depan Sarawak.

Menurut beliau, ia merupakan dasar yang diperjuangkan oleh GPS dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

Ketika berucap di Majlis Pelancaran Wanita GPS hari ini, Abang Johari berkata; 

“Kita ada tiga (3) perkara yang belom selesai iaitu: 

1) Hak kita di bawah Perkara 112D, yang mana Kerajaan Pusat mesti memberikan geran kepada kita berserta formula.. Kalau Malaysia baik ekonominya, kita kongsi bersama..Kalau susah, kita susah bersama-sama. Ini semangat GPS! 

2) Kita (Sarawak)  nak minta kerajaan pusat kembalikan Mahkamah Tinggi Borneo. 

3) Kita (Sarawak) meminta agar Jabatan Teknikal kita diiktiraf untuk melaksanakan projek Persekutuan di Sarawak. Kita ada jurutera kita sendiri yang mana wanita juga tidak terkecuali." 

Sumber dari : Sarawakku